Program STEM Bersama Pelajar Tabika KEMAS
9 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Program STEM Bersama Pelajar Tabika KEMAS Kaktus 1, 2,3 dan 4. Program ini khusus untuk pelajar tabika yang berumur 5 dan 6 tahun dan diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 42 orang pelajar telah menyertai kelas ini, yang turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan tiga orang guru tabika KEMAS. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi
Aktiviti STEM - Kolaj ini bertemakan “Free Palestine” bagi mengenangkan nasib saudara umat Islam di Palestine. Program dimulakan dengan nyanyi lagu Atouna el Toufoule, dimana petugas PEDi menayangkan video nyanyian. Seterusnya setiap pelajar diberikan kertas berwarna merah, hijau, hitam dan sehelai kertas bergambar bendera Palestine dan tembikai. Kemudian, setiap pelajar diminta untuk mengoyakkan kertas warna tersebut dan perlu menampal mengikut gambar bendera dan tembikai yang ditayangkan pada skrin komputer. Aktiviti diakhiri dengan sesi nyanyi lagu Omar dan Hana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: